Refleksi Tentang Ujian SEGAK Saya Nur Ayu Izzati Binti Baharin dari kelas Pendidikan Islam 4 ingin menyatakan refleksi berkaitan dengan ujian SEGAK dan ujian Bleep yang telah saya laksanakan. Refleksi ini bertujuan untuk mengkaji dan menerangkan tentang peningkatan dan penurunan pencapaian saya dalam melakukan ujian-ujian tersebut. Ujian Standard Fizikal Kecergasan, SEGAK dan ujian Bleep telah dijalankan ke atas semua penuntut di Institut Pendidikn Guru seluruh Malaysia. Ujian-ujian tersebut juga merupakan tugasan amali untuk subjek GKK1043 Kesihatan Diri dan Kecergasan. Semasa ujian SEGAK tersebut dijalankan, saya telah melakukan 5 ujian iaitu ujian Indeks Jisim Badan (BMI), naik turun bangku 3 minit, tekan tubi, ringkuk tubi separa dan jangkaun melunjur. Ujian SEGAK ini dilakukan sebanyak dua kali iaitu ujian...