Refleksi Tentang Ujian SEGAK

Saya Nur Ayu Izzati Binti Baharin dari kelas Pendidikan Islam 4 ingin menyatakan refleksi berkaitan dengan ujian SEGAK dan ujian Bleep yang telah saya laksanakan. Refleksi ini bertujuan untuk mengkaji dan menerangkan tentang peningkatan dan penurunan pencapaian saya dalam melakukan ujian-ujian tersebut.
Ujian Standard Fizikal Kecergasan, SEGAK dan ujian Bleep telah dijalankan ke atas semua penuntut di Institut Pendidikn Guru seluruh Malaysia. Ujian-ujian tersebut juga merupakan tugasan amali untuk subjek GKK1043 Kesihatan Diri dan Kecergasan. Semasa ujian SEGAK tersebut dijalankan, saya telah melakukan 5 ujian iaitu ujian Indeks Jisim Badan (BMI), naik turun bangku 3 minit, tekan tubi, ringkuk tubi separa dan jangkaun melunjur. Ujian SEGAK ini dilakukan sebanyak dua kali iaitu ujian pra SEGAK dan ujian post SEGAK. Seterusnya, setiap orang juga akan melakukan ujian Bleep sebanyak dua kali. Data tentang yang ujian pra SEGAK akan direkod untuk mengetahui akan berlakunya peningkatan dan penurunan dalam ujian post SEGAK yang dilaksanakan.
Ujian Indeks Jisim Badan yang dilakukan adalah untuk mengukur komposisi badan melibatkan tinggi dan berat. Pada ujian Indeks Jisim Badan, saya telah mencatatkan peningkatan rekod BMI daripada 21.12 kepada 21.70. Hal ini kerana terdapat sedikit peningkatan dalam berat badan saya. Berat badan saya mudah naik sekiranya tidak diambil cakna. Peningkatan berat badan tersebut mungkin disebabkan lebihan karbohidrat dan pengambilan bahan-bahan berminyak oleh badan saya. Walaupun terdapat peningkatan dalam Indeks Jisim Badan namun ia masih dalam keadaan normal.
Seterusnya saya melakukan ujian naik turun bangku yang bertujuan untuk mengukur daya tahan kardiovaskular. Pada ujian pertama segak bacaan nadi saya ialah 120. Saya telah berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular dengan melakukan beberapa aktiviti seperti jogging dan berlari dalam masa yang ditentukan. Hasilnya, pada ujian post SEGAK, bacaan nadi saya ialah 115. Aktiviti yang dianjurkan dibawah subjek GKK1043 Kesihatan Diri dan Kecergasan seperti maendaki bukit Maras dan bukit Besar , berjogging ke pantai, melakukan aktiviti sukan dan sebagainya telah banyak memebantu saya meningkatkan stamina badan saya.
Peningkatan daripada hanya dapat melakukan 23 kali tekan tubi kepada 26 kali dalam ujian tekan tubi adalah suatu perkara yang memberangsangkan. Tekan tubi adalah bertujun untuk mengukur daya tahan otot tangan dan bahu. Apabila melakukan tekan otot di belakang dan bawah badan kita akan mengecut untuk menstabilkan bentuk kita, otot abdomen akan mengembang dengan sendirinya. Ujian ringkuk tubi separa pula bertujuan untuk mengukur daya tahan dan kekuatan otot abdomen. Bangkit tubi adalah satu senaman ataupun latihan fizikal yang paling asas.
Seterusnya ialah ujian jangkauan melunjur yang bertujuan untuk mengukur fleksibiliti bahagian bawah badan dan kekuatan otot hamstring. Fleksibiliti ialah kebolehan menggerakkan badan dan bahagian-bahagiannya tanpa rintangan kepada lekatan otot. Aktiviti seperti mendaki bukit dan melakukan senaman jangkauan melunjur amat membantu saya meningkatkan kekuatan otot kaki dan hamstring saya kerana sebelum ini saya sukar dan berasa sakit ketika melakukan ujian jangkaun melunjur.
Akhir sekali ialah ujian Bleep yang bertujuan untuk mengukur tahap kemampuan sistem kardiovaskular seseorang. Rata-rata penuntut IPG berpendapat bahawa ujian Bleep merupakan antara ujian yang paling mencabar dan memenatkan. Setelah mendapati saya tidak mampu melakukan ujian Bleep dengan baik pada ujian pertama, saya telah mengambil keputusan untuk berjogging pada waktu petang dan pagi terutama pada hujung minggu untuk meningkatkan stamina badan saya.
Kesimpulannya, ujian SEGAK dan ujian Bleep bukan sahaja dapat menguji tentang kecergasan badan kita tetapi juga dapat meningkatkan semangat untuk terus melakukan senaman bagi membina tubuh badan yang cergas dan sihat. Kesihatan kita sangatlah berharga kerana tanpa tubuh badan yang sihat perkara lain juga tidak dapat dilakukan dengan baik.





Rujukan
Mohd Noorhasyim Bin Mohd Yusof & Mohd Radzani Abdul Razak. (2018). Gaya Hidup    Mempengaruhi Kecergasan Fizikal. Diperoleh dari: http://conference.kuis.edu.my/ispen/wp-                content/uploads/2018/08/19.noorhasyim.pdf

Siti Hartini Bt Azmi. (2017). Pembinaan Dan Pengesahan Ujian Berjalan Pedometer Untuk             Menganggar Kecergasan Fizikal. Diperoleh dari:           http://ir.upsi.edu.my/3469/1/Pembinaan%20dan%20pengesahan%20ujian%20berjalan%20  pedometer%20untuk%20menganggar%20kecergasan%20fizikal.pdf


















Comments